Pemimpin Hati

Rifaah
Wahai sekalian pemimpin perjuangan
Pilihan di atas pilihan
Penerus perjuangan di akhir zaman
Menjulang Allah dan Rasul junjungan
Hati dan perjuangan kalian
Itulah impian..

Fida’
Bersamamu hatiku sayu
Kau bayangan guru mursyidku
Ingin aku mengenalmu
Kaulah kekasih dari kekasih

Wadud
Di saatmu duka
Di saatmu gembira
Senyum ketawa
Sedih menangis hiba

Jundullah
Aku menjadi saksimu
Kau serahkan seluruh hidupmu
Sakit letih kau tetap berjuang
Sedikit pun tidak menghalang

Ajwad
Marah Islam terhina
Sedih Islam tidak dibela
Maka kau habiskan harta
Kau korbankan semua
Segalanya keranaNya
Ooo…

Abbaad
Engkau mengajarku erti keberkatan
Kau mengajarku erti rasa
Kau ingatkanku takut Tuhan
Di dalam sembahyang, di setiap masa
Engkau selalu berkata
Allah boleh buat apa sahaja

‘Ubadah
Kesabaranmu, ketabahanmu luar biasa
Kau pemalu tawadhuk orangnya
Takutkan Tuhan nampak di wajah
Rindukan kematian setiap masa
Takut Allah Sang Pencipta
Rindu Nabi kekasihNya
Rindu… takut… cinta… harap…

Humam
Aku menjadi saksimu
Kau serahkan seluruh hidupmu
Sakit letih kau tetap berjuang
Sedikit pun tidak menghalang

Adib
Sakitnya bila berpisah
Oh lazatnya kerana Allah
Doakanku supaya aku pergi lebih jauh
Hati dan perjuanganku seperti mu

Semua
Pemimpin Hati

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jikalau Dosaku Lautan

Jikalau dosaku lautan
Sekian lama ku tenggelam
Lemasku di umbang ambing ombaknya
Dilambung digulung dihempas pulas
Rasanya tak mungkin lagi
Aku kan selamat
Di dalam lautan luas
Kan terkubur selamanya

Tapi ada orang yang selamat
Mampu kembali ke darat
Dengan berbagai sebab
Ada yang sungguh-sungguh berenang
Sampai ke tepian
Ada yang berpaut dengan bongkahan
Ikan lumba-lumba pun menolong
Atau ada kapal yang datang

Adakalanya ombak yang menolaknya,
Ke tepian pantai… Selamatlah
Ini memberi erti aku tidak boleh
Berputus asa dengan dosa-dosaku ini

Tuhan telah menunjukkan
Jalan untuk menghindari dosa
Mengaku dan menyesal,
Berserah diri dan segera bertaubat 2x

Aaa… Aaa…
Ya Allah, Ya Hannan
Ya Allah, Ya Mannan..
Aaa…

Janganlah sampai berputus asa
Bermujahadahlah selalu
Iringi dengan berbuat kebaikan
Ikuti guru yang boleh memandu
Carilah ilmu yang bermanfaat
Berkawan dengan orang baik
Berdoalah engkau selalu kepada Tuhan

Wahai Tuhan, Hannan wal Mannan
Ku pintakan selalu kepadaMu
(Ya Allah…)
Pintu hidayah dan taufikMu
Terbuka selalu untukku di setiap waktu

Tuhan telah menunjukkan
Jalan untuk menghindari dosa
Mengaku dan menyesal,
Berserah diri dan segera bertaubat 2x

Jikalau dosaku lautan…

Lirik: Abuya Ashaari
Vokal: Khaulah, Mawaddah
Note: Demo song only

Lirik Nasyid: Wahai Jiwa

Artis: Generasi Harapan
Album: Takkan Terputus Lagi Hati DenganMu Tuhan

Bilakah lagi dirimu kan merasa bertuhan
Atas dasar ilmunya dirimu percaya
Tapi jiwamu tak terasa kewujudan Tuhan Yang Esa
Rasa takut denganNya tidak ada dalam jiwa

Padahal Tuhan berpesan
Takutkanlah akanNya di mana berada
Jika rasa bertuhan tiada di jiwamu
Sudah tentu rasa takutkan Tuhan tidak ada

Wahai jiwa, bilakah lagi
Engkau kan merasakan Allah itu besar
Bilakah lagi engkaukan merasa agungnya
MengingatiNya dan mencintaiNya
Betapa terserlah kebesaran Tuhanmu
Mengapa tidak terasa
Mengapa tidak gerun

NikmatNya itu berlaku setiap detik
Tidak nampak lagikah agar pandai bersyukur
Bila lagikah wahai jiwa engkau hendak memandang tembus
Oh bila lagikah masa tidak menunggu kita

Masa akan terus berjalan
Ayuh bersegeralah membersihkan jiwa
Andai dirimu mati tika jiwamu lalai
Jiwamu tidak akan diterima oleh Allah

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah pada Tuhanmu
Dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam golongan hambaKu
Dan masuklah ke dalam syurgaKu
Pabila engkau tidak dipanggil oleh Tuhan
Syurga tiada ruang untukmu
Nerakalah bagimu…
Nauzubillahi min zalik…

This entry was posted on January 17, 2016. 1 Comment

Lirik Nasyid: Islam Yang Telah Berkembang

Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar, harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi 2x

Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Kesuburan itu telah dibajai
Oleh pengorbanan ummah 2x

Kembangnya itu telah dibajai
Oleh air peluh para mujahid
Tamannya itu telah dipagari
Oleh para mujaddid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari
Al-Quran, sunnah Rasulullah 2x

Berkumandanglah kalimah toyyibah
Dari pembela agama kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Oleh harta si kaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah-curah 2x

Lirik Nasyid: Tentera Allah (Mawaddah Kecil)

Maha Suci Tuhan mempunyai tentera yang banyak
Ada yang dapat dilihat, ada juga yang sebaliknya
Ada tentera yang nyata, ada yang tidak dapat dilihat
Seperti malaikat dan juga rijalul ghaibNya

Tentera ini akan bertindak
Pabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut tentera Tuhan
Tiada siapa yang dapat menghalang

Gunung ganang yang gagah adalah tentera Allah
Angin petir juga tentera yang memusnah apa sahaja
Air adalah tentera yang membawa kereta kebal
Yang merempuh apa yang di hadapannya

Tentera inilah yang telah menghapuskan kaum yang ingkar
Di zaman rasul, nabi dan juga umat dahulu
Yang telah memusnahkan kaum Luth yang derhaka
Yang telah menenggelamkan Firaun dan orangnya yang angkuh

Tentera ini akan bertindak
Pabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut tentera Tuhan
Kerna tiada yang dapat menghalang

(Ulang rangkap 1)

Lirik Nasyid: Huru-Hara

Artis: Nadamurni
Album: Di Mana Kasih Di Mana Sayang

Huru-hara berlaku di mana-mana
Krisis terjadi di setiap tempat dan masa
Peperangan menggila
Membunuh manusia musnahkan harta
Kemiskinan kemelaratan di merata dunia

Penzaliman terjadi di seluruh dunia
Kerosakan akhlak menghilangkan kemanusiaan
Kasih dan sayang hilang dari hati manusia
Jiwa manusia kosong dan menderita

Di mana pergi hidup dalam ketakutan
Kerana manusia telah ganas macam haiwan
Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya
Dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya

Aduh, di manakah kita hendak pergi lari
Ke manakah kita mahu selamatkan diri
Ke mana, oh ke mana kita mahu mengadu
Kepada siapakah nak minta penyelesaian

Orang kaya tak boleh diharap lagi
Orang besar pun juga sama sahaja
Para ilmuan bukan lagi contoh masyarakat
Cerdik pandai petah bercakap tiada modelnya

(Ulang rangkap 3)

Wahai Tuhan kami, kasihanilah kami ini
Jangan biarkan kami dalam derita lagi sengsara
Seorang penyelamat datangkanlah segera
Membawa rahmat dan karamah jua berkatnya

(Ulang rangkap 1)

Lirik Nasyid: Nadamurni – Pemimpin Yang Adil

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Penyelamat ummah dunia dan akhirat
Tiada keadilan ummat kan huru-hara
Pemimpin menanggung dosa rakyatnya

Pemimpin yang adil orangnya tawadhuk
Boleh duduk sama dengan rakyat-rakyatnya
Kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyat
Kepentingan rakyat lebih utama

Dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di mukanya
Sombong dan takabbur tidak ada pada dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Kepentingan rakyat sangat dijaga
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diajak mentaati Allah

Pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
Mengingatkan rakyat tipu dunia
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin-pemimpin di akhir zaman
Kebanyakan pencetus huru-hara
Untuk melindungi kesalahan dirinya
Dia tuduh orang melakukannya

Mana nak dicari pemimpin yang begini…