Archive | November 2016

Lirik Nasyid: Neraka Dunia

Artis: Nadamurni

Dunia telah lama
Jadi neraka sebelum neraka
Cetusan manusia sesama sendiri
Mengikut hawa nafsu
Membina kejahatan
Lahirlah huru hara
Merosak manusia dan harta

Ketenangan hidup tiada di mana-mana
Di rumah, di istana, di tengah masyarakat
Di pengajian Islam pun tiada ketenangan
Bahkan di masjid pun terasa neraka

Setengah manusia ingin lari dari kehidupan
Mana mahu lari kehidupan itu di tengah manusia
Hidup sendirian itu bukan kehidupan namanya
Walaupun tiada bahagia kena hidup juga dengan manusia

Alangkah terseksanya bergaul
Dengan manusia secara terpaksa
Hidup sendirian tiada teman
Lain pula susahnya
Bergaul dengan manusia
Tiada merasa bahagia
Hiduplah manusia serba salah
Dan berpura-pura

Sombong dan zalim, mementingkan diri rosakkan manusia
Mazmumah itulah yang menghilangkan kasih dan sayang
Hilang kasih, tertekanlah jiwa, hilanglah bahagia
Itulah neraka dunia sebelum neraka di sana

Ke mana mahu lari
Ke manakah kita mahu pergi
Tiada bumi lagi yang disirami hujan kasih
Hatinya telah gersang
Dari kasih di mana-mana
Hanya satu jalan larilah kepada
Tuhan Pengasih manusia