Archive | September 2016

Lirik Nasyid: Rebutlah Gelaran Ikhwan

Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah Rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para Sahabat itu bertanya
Siapakah yang diberikan gelaran itu padanya
Membara cemburu di hati mereka
Hingga menitiskan air mata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnahku
Bagai menggenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tidak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan susunan batu-bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan, keselarasan

Perjuangannya ibarat singa di siangnya
Bagai abid pula di malam harinya
Ruhbnanun billaili wafursanu binnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan
(Ulang rangkap 2)

Luar biasanya taqwa Ikhwan
Kerana taqwanya diberi pertolongan
Kerana taqwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada tandingan 3x

Artis: Mawaddah
Album: Hiduplah Bersama Tuhan

Advertisements

Engkau Akan Tiba

Engkau akan tiba
Engkau pasti tiba
Membawa berita gembira
Membersihkan noda dan dosa

Engkau menjadi idaman dunia
Kedatanganmu ditunggu-tunggu
Sudah lama kami menunggu
Menempa sejarah lama
Yang akan berlaku kali kedua

Kami kini sedang berbaris
Untuk menunggu kedatanganmu
Dengan hati gembira
Mengharapkan pembelaanmu

Kami tak sabar lagi
Menunggu kedatanganmu
Dengan penuh rindu
Dengan hati gembira
Sejarah kan berulang
Membawa kenangan silam

Datangmu diperlukan
Membaharui yang lama
Selesailah masalah dunia
Yang lama dalam kekusutan
Yang belum lagi dapat diungkai

Kedatanganmu adalah idaman
Membangunkan iman
Membawa kemakmuran
Moga segera kehadiranmu
Membawa keselamatan
Membersihkan dunia ini
Dari tangan-tangan manusia
Yang berkuku besi dan berhati singa

This entry was posted on September 24, 2016. 2 Comments

Pemimpin Hati

Rifaah
Wahai sekalian pemimpin perjuangan
Pilihan di atas pilihan
Penerus perjuangan di akhir zaman
Menjulang Allah dan Rasul junjungan
Hati dan perjuangan kalian
Itulah impian..

Fida’
Bersamamu hatiku sayu
Kau bayangan guru mursyidku
Ingin aku mengenalmu
Kaulah kekasih dari kekasih

Wadud
Di saatmu duka
Di saatmu gembira
Senyum ketawa
Sedih menangis hiba

Jundullah
Aku menjadi saksimu
Kau serahkan seluruh hidupmu
Sakit letih kau tetap berjuang
Sedikit pun tidak menghalang

Ajwad
Marah Islam terhina
Sedih Islam tidak dibela
Maka kau habiskan harta
Kau korbankan semua
Segalanya keranaNya
Ooo…

Abbaad
Engkau mengajarku erti keberkatan
Kau mengajarku erti rasa
Kau ingatkanku takut Tuhan
Di dalam sembahyang, di setiap masa
Engkau selalu berkata
Allah boleh buat apa sahaja

‘Ubadah
Kesabaranmu, ketabahanmu luar biasa
Kau pemalu tawadhuk orangnya
Takutkan Tuhan nampak di wajah
Rindukan kematian setiap masa
Takut Allah Sang Pencipta
Rindu Nabi kekasihNya
Rindu… takut… cinta… harap…

Humam
Aku menjadi saksimu
Kau serahkan seluruh hidupmu
Sakit letih kau tetap berjuang
Sedikit pun tidak menghalang

Adib
Sakitnya bila berpisah
Oh lazatnya kerana Allah
Doakanku supaya aku pergi lebih jauh
Hati dan perjuanganku seperti mu

Semua
Pemimpin Hati

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jikalau Dosaku Lautan

Jikalau dosaku lautan
Sekian lama ku tenggelam
Lemasku di umbang ambing ombaknya
Dilambung digulung dihempas pulas
Rasanya tak mungkin lagi
Aku kan selamat
Di dalam lautan luas
Kan terkubur selamanya

Tapi ada orang yang selamat
Mampu kembali ke darat
Dengan berbagai sebab
Ada yang sungguh-sungguh berenang
Sampai ke tepian
Ada yang berpaut dengan bongkahan
Ikan lumba-lumba pun menolong
Atau ada kapal yang datang

Adakalanya ombak yang menolaknya,
Ke tepian pantai… Selamatlah
Ini memberi erti aku tidak boleh
Berputus asa dengan dosa-dosaku ini

Tuhan telah menunjukkan
Jalan untuk menghindari dosa
Mengaku dan menyesal,
Berserah diri dan segera bertaubat 2x

Aaa… Aaa…
Ya Allah, Ya Hannan
Ya Allah, Ya Mannan..
Aaa…

Janganlah sampai berputus asa
Bermujahadahlah selalu
Iringi dengan berbuat kebaikan
Ikuti guru yang boleh memandu
Carilah ilmu yang bermanfaat
Berkawan dengan orang baik
Berdoalah engkau selalu kepada Tuhan

Wahai Tuhan, Hannan wal Mannan
Ku pintakan selalu kepadaMu
(Ya Allah…)
Pintu hidayah dan taufikMu
Terbuka selalu untukku di setiap waktu

Tuhan telah menunjukkan
Jalan untuk menghindari dosa
Mengaku dan menyesal,
Berserah diri dan segera bertaubat 2x

Jikalau dosaku lautan…

Lirik: Abuya Ashaari
Vokal: Khaulah, Mawaddah
Note: Demo song only