Archive | January 2015

Lirik Nasyid: Islam Yang Telah Berkembang

Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar, harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi 2x

Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Kesuburan itu telah dibajai
Oleh pengorbanan ummah 2x

Kembangnya itu telah dibajai
Oleh air peluh para mujahid
Tamannya itu telah dipagari
Oleh para mujaddid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari
Al-Quran, sunnah Rasulullah 2x

Berkumandanglah kalimah toyyibah
Dari pembela agama kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Oleh harta si kaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah-curah 2x

Lirik Nasyid: Tentera Allah (Mawaddah Kecil)

Maha Suci Tuhan mempunyai tentera yang banyak
Ada yang dapat dilihat, ada juga yang sebaliknya
Ada tentera yang nyata, ada yang tidak dapat dilihat
Seperti malaikat dan juga rijalul ghaibNya

Tentera ini akan bertindak
Pabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut tentera Tuhan
Tiada siapa yang dapat menghalang

Gunung ganang yang gagah adalah tentera Allah
Angin petir juga tentera yang memusnah apa sahaja
Air adalah tentera yang membawa kereta kebal
Yang merempuh apa yang di hadapannya

Tentera inilah yang telah menghapuskan kaum yang ingkar
Di zaman rasul, nabi dan juga umat dahulu
Yang telah memusnahkan kaum Luth yang derhaka
Yang telah menenggelamkan Firaun dan orangnya yang angkuh

Tentera ini akan bertindak
Pabila kaum membuat angkara
Hendaklah takut tentera Tuhan
Kerna tiada yang dapat menghalang

(Ulang rangkap 1)