Archive | July 2014

Sajak: Cemas Menunggu Kematian

Aku penuh debar dan sungguh cemas menunggu hari kematian
Kerana dia datang tanpa kuketahui
Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kederhakaan
Di dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaian
Di waktu taat, husnul khatimahlah
Jika di waktu derhaka, su’ul khatimah
Aduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerana aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah atau su’ul khatimah
Hatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahu
Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hati itulah yang dibawa Akhirat
Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Tuhan!
Hatiku sungguh cemas
Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu
Atau di waktu mengingati-Mu
Kalau berlaku sebaliknya, kerana kelemahanku
Kerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat elak daripada kelemahan ini
Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku di waktu ini
Bila dosaku engkau ampunkan
Aku macam tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana
Itulah harapanku pada-Mu Tuhan
Di waktu detik kematianku
Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkanku

Follow Me On Twitter: @harumsyurga13