Archive | August 2013

Anak Luar Nikah: Satu Renungan Untuk Semua

Salam semua. Kali ini aku nak menulis luahan hati tentang kisah seorang hamba Allah yang merupakan seorang public figure dan telahpun melahirkan anak luar nikah. Apa yang menyedihkan aku ialah, bagaimana tindakan dan kata-katanya, selepas kelahiran bayi itu. Katanya, soal status bayi ini, biarlah Allah yang lebih tahu. Dia tak nak komen katanya. Bahkan, dia kelihatan meminta simpati pula kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya keseorangan.

Dari mula lagi, bila aku tahu kisah ini, aku jadi begitu marah sekali. Bagaimana perempuan ini telah curang terhadap suaminya. Bahkan membaca luahan hati suaminya, aku menitiskan air mata! Betapa luluhnya hati seorang suami, melihatkan kecurangan isteri, sedangkan beliau bersusah payah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Oleh kerana tidak mahu dayus, dia pun menceraikan isterinya yang sungguh tak mengenang budi itu.

Tidak lama selepas itu, kedengaran pula kisah, bahawa wanita itu telah pun melahirkan anak! Ini adalah hasil hubungan keji dengan seorang lelaki yang lebih muda daripada bekas suaminya.

Apa yang aku kesalkan di sini adalah, cara, atau gaya ketika perempuan itu berbicara tentangnya, seolah-olah dia tidak bersalah dengan sesiapa pun. Bahkan boleh pula meminta simpati sebagai seorang ibu tunggal. Aku benci orang sebegini. Ke mana pergi agama dan hukum hakam dalam hidupnya? Mana pergi syariat? Apa yang difikirkan di saat dia melakukan dosa dan maksiat itu? Tidak ada penyesalan walau sebesar habukkah?

Aku kesal lagi kerana, dia seolah-olah langsung tidak ambil pusing pasal dosa yang sedang ditanggungnya. Boleh pula disebut, “soal status anak ini, biarlah Allah yg lebih tahu tentangnya…” Oh, mudahnya dia bercakap. Waktu dia sedang dalam maksiat tu, ada ke dia terfikir, Allah tahu tentang setiap detik perbuatannya?!!! Waktu tengah sedap, usahkan nama Allah, dosa pahala pun kau tak kenal! Tiba-tiba dah lahir anak zina, nak sebut-sebut pasal Allah lah, tanggung jawablah, dan macam-macam lagi!

Inilah realiti hari ini. Biasanya, kisah yang terpampang di dalam berita apa pun aku mungkin tak ambil kisah sangat. Tapi, kisah yang satu ini membuatkan aku sebak sekali. Hukum Allah seperti dipijak-pijak. Halal haram sudah tidak langsung diambil peduli. Tiba-tiba saja, bila rasa macam nak cover line, terus sebut nama Allah!

Lagi satu yang menyedihkan, senang-senang je wartawan buat temuramah dengan beliau, seolah-olah macam seorang tokoh yang dilihat berjaya melepasi ujian getir dalam hidupnya. Ya Allah…! Hampir luluh jantung ini melihatkan gambar perempuan ni, dengan senyuman yang sangat menyakitkan hati. Apalah agaknya yang dia sedang fikirkan? Kenapa nak sebut-sebut nama Allah pulak bila kamu sendiri yang pandai-pandai buat dosa yang besar tu? Kenapa bila soal anak barulah nak sebut nama Allah? Kenapa dulu tak sebut dan fikir pun?!

Dan lagi satu, the worst is, aku lihat, tiada seorang tokoh agama pun yang tampil untuk menegur perempuan ini. Apa, hanya kerana dia seorang public figure adakah dia tak layak ditegur? Apakah, dengan bergambar lagak seorang ibu tunggal yang patut diberi simpati, dosa-dosanya pun terhapus? Tidak ada siapakah yang mampu untuk mendidik atau mengajar perempuan ini makna dosa?

Dan lagi, aku terbaca juga komen orang yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita ini yang kini berstatus ibu tunggal. Seolah-olah soal dosa dan maksiat yang patut diambil iktibar tu, tiada siapa yang mahu membincangkannya. Tiada siapa yang dilihat hendak mengajak semua orang takutkan Allah atas apa yang berlaku. Perkara dah terjadi, dah lepas dah pun. Mungkin itulah fikir mereka.

Sedih. Sedangkan soal zina bukan boleh dibuat main. Ia termasuk dosa besar selepas dosa syirik! Inilah kenyataan yang berlaku dalam negara hari ini. Bila dah terjadi buang bayi merata-rata dan meningkatnya statistik anak luar nikah, barulah keluar berita. Sedangkan, kes remaja bercouple sana sini bagaikan suami isteri, pergaulan bebas lelaki perempuan, zina berleluasa, semua pihak hanya pandang sebelah mata saja. Bila dah lahir anak haram di mana-mana, lebih-lebih lagi bila kegiatan buang bayi semakin berleluasa, barulah dijadikan berita! Ibarat nasi dah jadi bubur. Kita sudah hilang sensitiviti terhadap agama nampaknya.

Kita boleh marah bila lihat orang bukan Islam menghina agama kita yang mulia ini. Tapi, selaku orang Islam, adakah kita sudah menjadi pembela Islam seperti yang sepatutnya? Jangan-jangan kita pun sedang menghina Islam. Yakni melalui hati, fikiran, tindak-tanduk mahupun kata-kata.

Bagi aku, orang-orang yang sebeginilah yang patut dipulaukan oleh masyarakat. Jangan beri muka langsung padanya. Memangla setiap orang tak terlepas daripada membuat dosa dan kesilapan. Tapi, tolonglah rasa menyesal dan taubat. Taubat yang sungguh-sungguh! Bukannya membiarkannya macam angin lalu saja. Dan tolonglah hormati hukum Allah mana yang halal mana yang haram. Jangan cakap berdegar-degar saja, tapi hukum Allah semuanya kita langgar. Lepas tu nak pakai nama agama untuk merosak agama.

Nampaknya, kita terlalu memberi muka pada orang yang tak sepatutnya. Dan menghukum orang yang tak sepatutnya. Kisah-kisah sebegini manalah ada orang nak ambil pusing sangat jalan penyelesaiannya. Yang penting hidup cukup makan minum, ada tempat tinggal selesa, ada duit, aku tak kacau engkau, engkau tak kacau aku, semua orang happy. Inilah realiti masyarakat hari ini. Islam sudah semakin asing. Ibarat orang berdagang. Benarlah kata Rasul, Islam agama dagang, dan ia akan kembali dagang.

Aku nak mengajak semua orang terutamanya aku sendiri dan para pembaca yang peka, janganlah kita menjadi perosak agama atas nama agama. Kalau kita tak mampu nak amalkan semua sudut dalam Islam, janganlah kita memandai-mandai menghalalkan yang haram, atau mengharamkan yang halal. Hukum tetap hukum. Bukankah agama kita ini telah Allah sempurnakan sebelum kewafatan baginda Rasul. Janganlah pula kita berbuat seolah-olah Islam belum lengkap syariatnya. Sudahlah selama ini kita tidak merasakan Allahlah Tuhan yang sedang sangat memantau perbuatan kita setiap detik, ditambah pula lagi dengan syariat Allah yang kita abaikan begitu saja. Tanpa sedar, kita sedang menghina Allah dan Rasul. Mohon ampun Ya Allah yang Maha Agung. Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar kembali. Agar, kita tidak menjadi perosak agama. Sekian dulu. Ampun maaf jika entri ini menyinggung mana-mana pihak atau siapa saja anda. Kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat tegas didikan agama. Memang hidayah itu milik Allah, tetapi pendidikan agama tetap perlu diperjuangkan.

Advertisements