Generasi Harapan

Salam semua. Hari ni aku nak bercerita tentang sebuah kumpulan nasyid yang sangat paling sikit diberi publisiti oleh media massa. Aku tak tahu atas faktor apa, tapi yang hebatnya dalam takde publisiti tu lah mereka ligat membuat show di merata tempat termasuklah di luar negara.

Kumpulan nasyid Generasi Harapan. Sebuah kumpulan adik beradik dari 4 orang ibu, satu ayah. Kalau korang pernah mendengar lagu atau melihat sendiri persembahan live mereka, pasti akan teruja dengan bakat mereka yang bukannya bakat kampung-kampung. Bakat yang betul-betul punya. Mereka berkebolehan mencipta lagu, menyusun muzik, susunan vokal, bermain alat muzik. Semuanya mereka lakukan sendiri.

Setiap mereka berbakat dalam banyak bidang. Bukan setakat berbakat di atas pentas, bahkan seluruh gaya hidup mereka, sangat-sangat patut dicontohi. Yang bestnya, bakat mereka bukan dicungkil melalui program realiti tv ke, uji bakat ke, training bertahun-tahun ke. Diorang ni, born to be a star!

Yang paling menyentuh perasaan aku ialah, bagaimana berjayanya ayah mereka mendidik anak-anak, hingga boleh pula menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang boleh disegani.

Lagu-lagu yang mereka sampaikan pula bukan biasa-biasa. Mengandungi mesej-mesej yang sangat power dan berkesan, irama lagu yang segar, bahkan penampilan persembahan yang sangat update. Gaya yang mereka tampilkan sangat sesuai dengan citarasa semua peringkat umur. Yang boleh dibanggakan. Aku dah muak menonton persembahan yang hanya menang gaya, tapi mesej ke laut.

Mereka ini, tidak begitu, bahkan mereka sangat membawa mesej memperjuangkan Allah dan Rasul. Kalau korang pernah dengar mereka nasyid, hati akan tersentuh hingga mengalirkan air mata!

Lagi satu, rupa mereka pun boleh tahan. Bukan muka tak cukup makan! Cantik, segak, menarik, dan mereka berjaya membuktikan, siapa kata anak poligami tak cukup makan. Bahkan mendekati mereka terasa disayangi. Dan sungguh, mereka ni memang diajar oleh ibu ayah mereka untuk rasa hamba! Iaitu pergi show bukan untuk membawa rasa riak, ujub, bangga diri. Bahkan, disebabkan rasa hamba yang ayah dan ibu mereka ajarkanlah, mencorak mereka menjadi artis yang boleh ditiru lahir dan batin.

Aku tengok, merekalah yang sepatutnya menjadi ikon remaja hari ini. Yakni di era kerosakan remaja di mana-mana akibat pengaruh barat dan timur iaitu K-pop. Pengaruh yang sangat-sangat merosakkan remaja Islam dalam sedar mahupun tidak.

Yelah, kalau ikut logik, nak lawan muzik orang kafir mestilah dengan muzik Islam. Kalau nak lawan dengan ceramah, kuliah, lambatlah. Tak kenalah dengan citarasa remaja.

Jadi, tanpa menyeru kepada media-media untuk highlight kan artis yang gah ini, aku nak menyeru kepada para remaja yang nak berubah, tirulah mereka ni, Generasi Harapan, sesuai dengan nama mereka, generasi yang layak diberi harapan. Bukan generasi rokok, dadah, zina, lucah dan sebagainya.

Cukup-cukuplah kita disajikan dengan hiburan-hiburan yang merosakkan jati diri umat Islam. Kalau betul kita ada jati diri, hiburan yang beginilah yang patut kita perjuangkan. Sekian untuk kali ini. Moga ia jadi saham untuk Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Amin. Wassalam.

*Keterangan Gambar: Sebahagian daripada ahli kumpulan Generasi Harapan sedang membuat persembahan.

Advertisements

Leave a Reply Please...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s