Tips Mudah Bangun Sahur

Ramadhan baru saja membuka tirainya. Kali ni, aku nak coretkan atau kongsikan tips-tips yang kadang-kadang memang aku amalkan untuk memudahkan bangun sahur. Ini bagi orang yang susah bangun. Bagi orang yang dah memang jenis senang bangun, anda tak perlu susah payah membaca entri ini sampai habis. Baiklah, selamat membaca.

1. Minum air banyak-banyak sebelum tidur.
Ini membuatkan, anda akan terjaga untuk ke bilik air, terutama dalam jam 4-5 pagi. Jadi, gunakanlah peluang itu untuk menggosok gigi, dan sebaik-baiknya terus mandi untuk segarkan badan supaya dapat bersahur dengan ceria.hehe.

2. Pilih lagu yang agak nyaring dan annoying untuk alarm.
Ini penting, dan satu lagi letakkan jam/handset anda jauh-jauh supaya anda akan bangun dengan ‘kemarahan’ terhadap lagu yang annoying dan bingit tadi. Dahlah jauh. So, secara tak langsung, kemarahan itulah yang bikin mata anda jadi segar.

3. Siapkan menu favorite sebelum tidur.
Siapkan satu jenis sambal yang mencicirkan air liur kalau anda teringat. Contoh, sambal tempoyak, sambal tumis petai ikan bilis dan lain-lain.

4. Mintak siapa-siapa call anda.
Sebelum tidur, mintak tolong sesiapa saja. Mak, ayah, abang, adik, kakak, BFF, jiran sebelah untuk call anda pagi-pagi buta. Ia akan menyebabkan anda terkocoh kacah mendapatkan handset hinggakan hilang rasa mengantuk. Oh ya, jangan sembang sekejap sangat. Nanti anda akan sambung balik tidur.

5. Ikan masin atau pekasam.
Ini adalah tips yang macam nak main-main, tapi sebenarnya ia sangat berkesan. Bau gorengan ikan masin atau pekasam sangat-sangat menyelerakan, sampai boleh mengejutkan anda dari tidur!

6. Balik kampung seminggu sekali.
Balik dan bersahurlah bersama-sama keluarga tersayang di kampung. Anda akan bersemangat untuk bersahur pada hari itu.

7. Sebelum tidur, niatkan untuk bangun.
Sebelum melelapkan mata, niatkan anda nak bangun pukul berapa. Ini untuk setkan roh anda untuk kembali kepada jasad pada masa yang anda tetapkan.

8. Berdoa dan berselawat.
Akhir sekali, berdoalah sebanyak-banyaknya sebelum tidur serta berselawat. Bercakap-cakaplah dengan Allah, dan juga Rasulullah yang hanya jasad saja yang wafat. Tapi roh baginda suci dan terus hidup, untuk membalas selawat kita. Mudah-mudahan, dengan keberkatan selawat itulah, kita akan mudah bangun sahur.

Itulah saja yang termampu aku catatkan dan kongsikan. Moga-moga ada kebaikan untuk aku dan pembaca sekalian. Sekian, ampun maaf.

Advertisements

Leave a Reply Please...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s