Archive | July 2013

Generasi Harapan

Salam semua. Hari ni aku nak bercerita tentang sebuah kumpulan nasyid yang sangat paling sikit diberi publisiti oleh media massa. Aku tak tahu atas faktor apa, tapi yang hebatnya dalam takde publisiti tu lah mereka ligat membuat show di merata tempat termasuklah di luar negara.

Kumpulan nasyid Generasi Harapan. Sebuah kumpulan adik beradik dari 4 orang ibu, satu ayah. Kalau korang pernah mendengar lagu atau melihat sendiri persembahan live mereka, pasti akan teruja dengan bakat mereka yang bukannya bakat kampung-kampung. Bakat yang betul-betul punya. Mereka berkebolehan mencipta lagu, menyusun muzik, susunan vokal, bermain alat muzik. Semuanya mereka lakukan sendiri.

Setiap mereka berbakat dalam banyak bidang. Bukan setakat berbakat di atas pentas, bahkan seluruh gaya hidup mereka, sangat-sangat patut dicontohi. Yang bestnya, bakat mereka bukan dicungkil melalui program realiti tv ke, uji bakat ke, training bertahun-tahun ke. Diorang ni, born to be a star!

Yang paling menyentuh perasaan aku ialah, bagaimana berjayanya ayah mereka mendidik anak-anak, hingga boleh pula menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang boleh disegani.

Lagu-lagu yang mereka sampaikan pula bukan biasa-biasa. Mengandungi mesej-mesej yang sangat power dan berkesan, irama lagu yang segar, bahkan penampilan persembahan yang sangat update. Gaya yang mereka tampilkan sangat sesuai dengan citarasa semua peringkat umur. Yang boleh dibanggakan. Aku dah muak menonton persembahan yang hanya menang gaya, tapi mesej ke laut.

Mereka ini, tidak begitu, bahkan mereka sangat membawa mesej memperjuangkan Allah dan Rasul. Kalau korang pernah dengar mereka nasyid, hati akan tersentuh hingga mengalirkan air mata!

Lagi satu, rupa mereka pun boleh tahan. Bukan muka tak cukup makan! Cantik, segak, menarik, dan mereka berjaya membuktikan, siapa kata anak poligami tak cukup makan. Bahkan mendekati mereka terasa disayangi. Dan sungguh, mereka ni memang diajar oleh ibu ayah mereka untuk rasa hamba! Iaitu pergi show bukan untuk membawa rasa riak, ujub, bangga diri. Bahkan, disebabkan rasa hamba yang ayah dan ibu mereka ajarkanlah, mencorak mereka menjadi artis yang boleh ditiru lahir dan batin.

Aku tengok, merekalah yang sepatutnya menjadi ikon remaja hari ini. Yakni di era kerosakan remaja di mana-mana akibat pengaruh barat dan timur iaitu K-pop. Pengaruh yang sangat-sangat merosakkan remaja Islam dalam sedar mahupun tidak.

Yelah, kalau ikut logik, nak lawan muzik orang kafir mestilah dengan muzik Islam. Kalau nak lawan dengan ceramah, kuliah, lambatlah. Tak kenalah dengan citarasa remaja.

Jadi, tanpa menyeru kepada media-media untuk highlight kan artis yang gah ini, aku nak menyeru kepada para remaja yang nak berubah, tirulah mereka ni, Generasi Harapan, sesuai dengan nama mereka, generasi yang layak diberi harapan. Bukan generasi rokok, dadah, zina, lucah dan sebagainya.

Cukup-cukuplah kita disajikan dengan hiburan-hiburan yang merosakkan jati diri umat Islam. Kalau betul kita ada jati diri, hiburan yang beginilah yang patut kita perjuangkan. Sekian untuk kali ini. Moga ia jadi saham untuk Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Amin. Wassalam.

*Keterangan Gambar: Sebahagian daripada ahli kumpulan Generasi Harapan sedang membuat persembahan.

Ku Menangis Wahai Nabi

Ku menangis wahai Nabi
Bukan sangat tangisan rindu buatmu
Tapi ku tangiskan rindumu yang tak terkira pada Ku
Hingga sanggup kau Nabi ku
Di akhir hayat jasad mu
Tika menarik nafas terakhir mu
Kau menyebut tentangku umat Mu
Umatku 3x

Padahal kalau kau sebut satu kali saja pun
Cukup untuk ku rasakan
Betapa Nabi ku itu rupanya
Menyayangi umatnya lebih dari segala
Lebih dari ibu yang sangat menyayangi anaknya
Ku fahami kini bahawa seelok kewafatanmu
Nabi ku sebenarnya mulai menangis
Menangisi umat yang akan hidup
Generasi ke generasi kurun ke kurun sampai kiamat

Dalam keadaan di sangka Nabinya tiada
Umat yang datang ke bumi
Untuk ditatang oleh Yahudi
Lalu mereka ramai-ramai jadi Yahudi
Tapi sangat mengaku Islam
Sangat menyangka mereka ada Allah dan Nabi Muhammad!

Oh lamanya, lamanya !
Nabiku menanggung derita
Menyaksikan orang kesayangan
Berada dalam Neraka
Menangis 1000 tahun lebih
Dalam keadaan siapapun tak tahu
Oh Tuhan dan Nabi
Sanggup terhina 1000 tahun lebih
Betapalah aku tidak manangis!
Dan berjanji untuk membalasi cinta rindu Mu
Wahai ibu ayah hati ku yang baru ku temui!

Nukilan: Bonda Ummu Jah

Warkah Kemenangan

Wahai anakanda,
Anak-anak perjuanganku
Sepertilah dirimu,
Ibumu ini juga lemah sebenarnya

Lemah untuk memahami Tuhan Yang Agung
Nabi yang sempurna
Juga orang-orang mukmin yang sangat benar
Sangat benar…

Lalu kita pun jatuh terjelapak di kaki kebenaran
Lantas bertanya, oh kenapa jadi begini

Anak-anakku semua,
Kemenangan untuk Nabi Nuh ialah melepasi banjir besar
Kemenangan untuk Nabi Yunus melepasi perut ikan paus
Oh.., ajaibnya…

Anak-anakku lihatlah,
Kemenangan untuk Nabi Musa ialah melepasi lautan
Kemenangan Nabi Ibrahim melepasi gunungan api
Oh.., ajaibnya…

Dan kemenangan untuk kita
Bersama Nabi Muhammad
Ialah melepasi…
Medan-medan perang

Lalu kita pun jatuh terjelapak di kaki kebenaran
Lantas bertanya oh kenapa jadi begini,

Saksikanlah anakku
Keajaiban menyangkal kata akalmu
Kita bukannya kalah
Kerana Islam terus menang

Kalau begitulah maksud ujian ini
Tunggu apa lagi,
Mari kita bersatu kembali
Dan belajarlah

Bahawa kita terlalu perlukan seorang nabi
Iaitu Nabi Muhammad
Yang sanggup menghadiahkan
Iman dan Islam…pada kita

Marilah oh anakku
Kepada kebenaran yang dahsyat ini
Kita akan terus menjulang Allah dan Rasul
Untuk dihadiahkan kepada seluruh dunia
Bersama sama..,
Perjuangan Islam…

Warkah kemenangan ini untuk anak-anak semua..ooh..

“Anak-anakku, kembalilah…
Kepada kebenaran dari Tuhan ini,
Kita berdoa mudah-mudahan mereka kembali…
Kembalilah wahai anakku..,
Kembalilah wahai anakku…,
Kembalilah…”

Selamat Tinggal Duniaku

Dalam kelalaian menggila
Dalam kejahilan membuta
Justeru itu hiduplah aku
Dalam kehinaan yang menyeksa
Justeru itu hiduplah aku
Dalam kejahatan dosa

Selamat tinggal duniaku
Bersama lambaian yang menipu
Kejahilan yang beku dan palsu

Rahsia penipuanmu sudahku selidiki
Rahsia dirimu semua ku kaji

Engkaulah peracun
Engkaulah pemusnah
Yang bersemadi dalam hati manusia 2X

Segala kemiskinan ada kekayaan
Segala derita ada bahagia
Kebenaran Islam, kemanisan iman
Itulah duniaku kini dan selamanya

Selamat tinggal duniaku
Bersama lambaian yang menipu
Senyumanmu racun yang berbisa
Engkaulah pemburu yang menipu

Lambaianmu itu yang pura-pura
Selamat tinggal duniaku untuk selamanya

Rahsia penipuanmu sudahku selidiki
Rahsia dirimu semua ku kaji

Engkaulah peracun
Engkaulah pemusnah
Yang bersemadi dalam hati manusia

Lambaianmu itu yang pura-pura
Selamat tinggal duniaku 3X
Untuk selamanya
Selamat tinggal duniaku 3X
Untuk selamanya

Lirik Nasyid: Isteri Solehah (Mawaddah)

Isteri yang solehah sentiasa taat
Pada Allah dan patuh dengan suaminya
Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf
Cemburu dengan suami tiada dalam sikapnya
Kepulangan suami disambut senyum penuh hormat

Kekurangan yang diberi dari suaminya
Tidak pernah ia menyanggahnya
Merasa puas dengan pemberian suami
Kesalahan suami didoakan pada Tuhannya
Dengan suaminya sentiasa berbaik sangka
Redha dengan pemberiannya
Sekalipun banyak kekurangan
Sentiasa simpati dengan kesusahan
Simpati dengan kesusahan suaminya

Aaa…aaa…aaa…Isteri solehah

Kebuntuan suami diberi semangat dengan
Kata-katanya suami mendapat
Semangat dari isteri yang bertimbang rasa
Suami mendapat inspirasi bila bersamanya

Uuu…

Begitulah sifat isteri yang solehah
Susah senang diharungi dengan bahagia
Cemburu tiada dalam kamus hidupnya
Suami pun cinta dan bertimbang rasa padanya.

(Ulang rangkap 4)
(Ulang rangkap 1)

Kini Ku Temui Kekasihku…

Aku memulakan tulisan ini dengan linangan air mata. Hatiku sebak sekali. Rasa yang berkecamuk di dalam hati, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Sudah lama ingin ku coretkan tentangnya, tapi hati, ku kira belum bersedia. Hinggalah kini aku benar-benar pasti akan apa yang sedang hatiku ini rasakan. Aku kira, hampir tidak ada orang yang sedang sibuk memikirkan dan merenungkan akan satu hakikat yang Maha Besar.

Perihal seorang lelaki yang telah menangis hampir lebih seribu tahun lamanya. Menangisi akan nasib orang-orang kesayangannya yang kini telah menjadi tawanan musuh hingga mereka itu semua tidak lagi terhubung dengannya. Padahal jika mereka sedarlah bahawa, kehidupan mereka hari ini sepenuhnya adalah kerana dia.

Ya, dialah Rasulullah, Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman. Tuhanlah yang mengutuskan dirinya sebagai keselamatan buat seisi alam. Kewujudannya mendahului semua yang ada di dunia dan akhirat. Dan..kewujudan semua itu adalah kerananya…

Ya Rasul..selama ini aku hanya tahu tentangmu dengan akalku. Dengan ilmu yang ku dapatkan dari sekolah. Dari penceritaan di dalam buku-buku yang ku baca. Dan juga dari lagu-lagu yang sering aku dendangkan. Tapi aku hakikatnya tidak pernah mengenal dirimu. Bersua muka aja tidak pernah, bermimpi tentangmu juga tidak. Aku hanya tahu tentang engkau sebagai nabiku, tapi tidaklah begitu serius memikirkan tentangnya kerana mungkin diriku tidak pernah melihatmu. Membuatkan aku sempat lupa bahawa engkau sebenarnya ada di sini dan di sana.

Ya..Engkau sangat sedang ada dan tidak pernah tiada. Engkaulah satu-satunya makhluk yang selalu ada di sepanjang umur dunia. Engkaulah yang selalu ada untuk mendatangkan rahmat Tuhan ke atas alam semesta. Tapi, kenapa aku seolah-seolah tidak pernah tahu tentang semua itu? Kenapa dunia hari ini tidak pernah memperlakukan engkau dengan selayaknya? Padahal engkaulah seagung-agung ciptaan yang pernah Tuhan wujudkan.

Berdosanya aku wahai Rasul.., berdosanya aku. Aku tidak pernah tahu tentang cerita bahawa engkau sedang sangat menangis melihatkan hati dan diri kami umatmu sepenuhnya kini telah dikuasai Yahudi. Yahudi yang merupakan musuh Allah dan Rasul. Yahudi yang telah Tuhan izinkan kepada mereka untuk menawan dunia hingga semuanya dapat dipalingkan dari Tuhan. Yahudi yang begitu membenci dan sangat memusuhi Nur Muhammad. Dan kerana kebencian mereka yang amat mendalamnyalah akhirnya mereka bersumpah akan ‘melenyapkan’ engkau selamanya dari dunia. Tapi mereka lupa bahawa engkau bukanlah manusia biasa yang hidup hanya dengan jasadnya. Engkau adalah nabi, pemimpin yang begitu hebat kemampuan rohnya hingga mengatasi jasadnya. Yahudi tertipu dengan kewafatannya hingga menyangka bahawa Muhammad sudah tiada. Tapi kini Yahudi itu jugalah yang sedang kepanasan menderita kerana sedar bahawa Muhammad itu sentiasa ada hanya mereka yang tidak dapat melihatnya. Malah kini Muhammad semakin hebat jauh meninggalkan musuh-musuhnya. Nur Muhammad itu kini sedang bekerja keras mengumpulkn hati-hati manusia untuk disambungkan kepadanya.

Engkau menangis Ya Rasul? Sedangkan ibu ayah hari ini pun belum tentu dapat menangisi anaknya yang dilihat telah jauh melupakan Tuhan. Pemimpin-pemimpin yang ada di dunia ini manalah ada yang pernah menangisi nasib rakyatnya yang telah berada di jurang neraka! Malah merekalah yang telah digunakan Yahudi untuk sampai berjaya membuatkan semua manusia kini begini sekali rosaknya.

Engkau bagaikan seorang ayah yang menangisi anaknya yang sedang lemas di lautan. Dan kukira tangisanmu lebih dahsyat dari itu. Masakan tidak? Engkau wahai kekasih Allah Tuhan ciptakan dirimu dengan memiliki hati seputih salju. Hati yang tidak pernah dinodai dengan sebarang unsur kejahatan. Hati yang terlalu memikirkan akan keselamatan ummatnya. Dan..dengan hati itulah engkau sedang sangat menderita melihatkan umat Islam kini sudah tidak terikat lagi dengan Nabinya. Yahudi sedang ketawa bangga kerana mengira mereka telah memenangi peperangan ini yang hasilnya telah mengorbankan jutaan hati ummat Islam. Engkau menangis lagi dan terus berdoa..

Namun kini, engkau bisa sedikit tersenyum melihatkan ada di kalangan umatmu sudah pun memiliki hati yang sangat merinduimu walaupun tidak pernah bertemu denganmu. Doamu sejak ribuan tahun kini sudah menampakkan hasilnya. Tuhan sedang mangabulkan doamu dengan menghadiahkan hati-hati manusia yang pandai menangis kerana cinta dan rindukanmu.

Tapi aku kerana baru menyedari betapa selama ini hidupku bagaikan sia-sia kerana tidak memperdulikan nabiku, baru memulai tangisanku. Tangisan penyesalan kerana terlambat mengenalimu. Sedangkan segala apa yang aku dapatkan di sepanjang hidupku ini adalah keranamu. Kenapa aku baru tahu? Tentang adanya seseorang yang sangat menyayangiku lebih dari ibu ayahku sendiri. Seseorang yang tidak pernah berhenti mendoakan aku agar hatiku ini dapat kembali ditautkan pada hatinya demi keselamatan didunia akhirat. Seseorang yang selama ini menjadi kekuatan padaku tanpa aku sedari di dalam mengharungi jatuh bangun, pahit maung berperang dengan nafsuku. Seseorang yang tidak pernah meminta apa-apa dariku untuknya, sedangkan dia telah berbuat segalanya untukku.

Walaupun begitu wahai nabi yang aku baru belajar untuk mencintaimu, aku mohon agar aku tidak pernah terlambat untuk mengisi hatiku ini sepenuhnya buatmu. Sudilah engkau berserambi di hati ini, agar hidup matiku dapat ku serahkan semuanya untuk Allah dan Rasul.

Terima kasih wahai Nabi kekasih Allah dan juga kekasihku kini di atas kesempatan ini. Merezekikan aku untuk ‘tidur baring’ tempoh hari bersamamu di Madinah Munawwarah cukup membuatkan aku malu sekali. Malu kerana baru sekarang menyedari betapa engkau sangat mencintaiku. Sedangkan aku sendiri lebih senang memberi hatiku pada dunia. Malah aku seakan prejudis saja denganmu. Apa benar engkau mampu mencintaiku sedangkan umatmu begitu ramai sekali. Apa aku termasuk di kalangan mereka yang engkau doakan? Begitulah jahatnya hati dan fikiranku yang telah dirosakkan oleh nafsu.

Tapi kini aku berjanji, akan terus menyuburkan rasa cinta ini kepadamu dengan selawat sebanyak-banyaknya ke atasmu sebagai bukti bahawa aku benar-benar ingin sekali bersamamu. Aku akan tinggalkan semua pengaruh Yahudi dan aku akan sungguh-sungguh melawan nafsu ku ini. Aku bagaikan mati hidup semula ketika kau menghulurkan harapan bahawa suatu hari nanti semuanya akan dapat kau selamatkan. Dengan apa perlu ku bayar semua ini? Dengan apa Ya Nabi? Aku tidak pernah akan mampu untuk membayarnya. Engkau tahu itu bukan? Dan aku juga tahu engkau tidak pernah meminta bayaran. Kerana yang engkau mahu hanyalah keselamatan ke atasku.

Kalau begitu, ambillah hatiku ini wahai nabi yang dirindui. Ambillah, jangan pernah lepaskan aku lagi kepada dunia. Biar aku bisa terus bersamamu selamanya. Aku sudah tidak sanggup berjauhan lagi dengan engkau. Walau sikapku belumlah membuktikan, tapi hati ini sangat menginginkan. Aku sudah penat menjadikan nafsu sebagai rujukanku yang sangat mencelakakan aku. Aku tidak mahu lagi semua itu. Tolonglah, tolonglah aku. Aku tidak pernah memenangi peperangan dengan nafsu ini, dan aku kira engkaulah yang akan memenanginya untukku.

Wahai nabi…, aku persembahkan hatiku kini untuk kau isi dengan Allah dan Rasul di dalamnya. Aku pergi menziarahi tempat di mana hatimu dibedah oleh Allah melalui Jibril dan disucikan dengan air zam-zam. Dan aku berharap agar hatiku juga dapat dibedah dan disucikan olehmu. Walaupun tidak mungkin akan memiliki hati sebersihmu, tapi mendapatkan hanya sedikit sudah memadai.

Aku akan cuba membalasnya dengan bersungguh-sungguh berjuang dan berkorban demi Allah dan Rasul..
Teruslah mengutip hati-hati kami umatmu wahai yang dirindu. Biarlah kami semuanya dapat segera dihubungkan denganmu. Bebaskanlah kami dari cengkaman nafsu yang dipengaruhi Yahudi. Selamatkanlah kami hingga sampai kepada Allah.

Kini..kutemui kekasihku…

Ya Allah sampaikanlah salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan

Dialah yang kami sangat rindu
Nabi Muhammad yang terpilih, keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanmu Ya Allah…

Nukilan: Bonda Ummu Jah ᴬᴿ

Tips Mudah Bangun Sahur

Ramadhan baru saja membuka tirainya. Kali ni, aku nak coretkan atau kongsikan tips-tips yang kadang-kadang memang aku amalkan untuk memudahkan bangun sahur. Ini bagi orang yang susah bangun. Bagi orang yang dah memang jenis senang bangun, anda tak perlu susah payah membaca entri ini sampai habis. Baiklah, selamat membaca.

1. Minum air banyak-banyak sebelum tidur.
Ini membuatkan, anda akan terjaga untuk ke bilik air, terutama dalam jam 4-5 pagi. Jadi, gunakanlah peluang itu untuk menggosok gigi, dan sebaik-baiknya terus mandi untuk segarkan badan supaya dapat bersahur dengan ceria.hehe.

2. Pilih lagu yang agak nyaring dan annoying untuk alarm.
Ini penting, dan satu lagi letakkan jam/handset anda jauh-jauh supaya anda akan bangun dengan ‘kemarahan’ terhadap lagu yang annoying dan bingit tadi. Dahlah jauh. So, secara tak langsung, kemarahan itulah yang bikin mata anda jadi segar.

3. Siapkan menu favorite sebelum tidur.
Siapkan satu jenis sambal yang mencicirkan air liur kalau anda teringat. Contoh, sambal tempoyak, sambal tumis petai ikan bilis dan lain-lain.

4. Mintak siapa-siapa call anda.
Sebelum tidur, mintak tolong sesiapa saja. Mak, ayah, abang, adik, kakak, BFF, jiran sebelah untuk call anda pagi-pagi buta. Ia akan menyebabkan anda terkocoh kacah mendapatkan handset hinggakan hilang rasa mengantuk. Oh ya, jangan sembang sekejap sangat. Nanti anda akan sambung balik tidur.

5. Ikan masin atau pekasam.
Ini adalah tips yang macam nak main-main, tapi sebenarnya ia sangat berkesan. Bau gorengan ikan masin atau pekasam sangat-sangat menyelerakan, sampai boleh mengejutkan anda dari tidur!

6. Balik kampung seminggu sekali.
Balik dan bersahurlah bersama-sama keluarga tersayang di kampung. Anda akan bersemangat untuk bersahur pada hari itu.

7. Sebelum tidur, niatkan untuk bangun.
Sebelum melelapkan mata, niatkan anda nak bangun pukul berapa. Ini untuk setkan roh anda untuk kembali kepada jasad pada masa yang anda tetapkan.

8. Berdoa dan berselawat.
Akhir sekali, berdoalah sebanyak-banyaknya sebelum tidur serta berselawat. Bercakap-cakaplah dengan Allah, dan juga Rasulullah yang hanya jasad saja yang wafat. Tapi roh baginda suci dan terus hidup, untuk membalas selawat kita. Mudah-mudahan, dengan keberkatan selawat itulah, kita akan mudah bangun sahur.

Itulah saja yang termampu aku catatkan dan kongsikan. Moga-moga ada kebaikan untuk aku dan pembaca sekalian. Sekian, ampun maaf.