Sajak: Bagaimana Berjuang Di Akhir Zaman

Setiap pejuang-pejuang mesti faham situasi sekarang
Kita berjuang setelah dijajah oleh penjajah beratus-ratus tahun yang silam
Kita umat Islam yang merdeka
mendapat ilmu dari penjajah hampir 100%
Setengah orang pemikiran terjajah sudah berakar umbi
Di dalam jiwa, perasaan dan keyakinan
Sedangkan agama Islam yang dianuti hanya sebagai warisan

Tuhan sekadar percaya tapi tak kenal dan tak faham peranan-Nya
Syariat yang pokok-pokok atau asas-asasnya
itu pun sudah ditinggalkan orang
95% sudah tidak diamalkan
betapalah Islam secara global
rata-rata umat Islam tidak faham
akhlak umat Islam sudah punah-ranah dan musnah
perpaduan sudah berkecai
di samping kemiskinan
merata-rata berlaku di dunia Islam

Para ulama sudah tidak boleh diharapkan
Mereka memikirkan minum dan makan
Oleh itu apabila kita hendak perjuangkan Islam
takkan hendak terus secara global dan keseluruhan
Jadi apa yang patut kita buat:
Yang pertama:
kenalkan Tuhan dan takutkan Tuhan serta cintakan Tuhan
Yang kedua:
ajak mereka sembahyang
dan menegakkan lain-lain rukun Islam

Selepas itu diajak perjuangkan yang lebih penting
iaitu berkasih sayang dan perpaduan
Selepas itu terus pimpin umat Islam dengan akhlak mulia
Kemudian terus lagi diperjuangkan ajaran Islam yang selepas itu pula
Bukan terus perjuangkan negara Islam
Negara Islam rukun iman pun tidak
rukun Islam pun bukan
Walaupun dia diwajibkan

Sedangkan di dalam ajaran Islam
Didiklah manusia perlahan-lahan
Secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan
Yang dahulu didahulukan
Yang kemudian dikemudiankan

Kalau umat Islam rosak di dalam semua hal
Terutama Tuhan sudah tidak dikenal
Umat Islam ramai sudah tidak sembahyang
tiba-tiba hendak ajak orang tegakkan negara Islam
Ini satu kesalahan
Kerana itulah perjuangan umat Islam tidak berkesan
Kerana berjuang tidak kenal situasi, tidak faham strategi
Tidak faham mana yang patut didahului
Dan mana yang patut dikemudiankan
Jadi pejuang-pejuang umat Islam di dalam kejahilan
Kerana tidak tahu mana satu yang patut diutamakan

Akibatnya makin berjuang makin mendapat kehinaan
Tidak faham situasi ertinya berjuang secara kejahilan
Tidak faham situasi tidak layak berjuang
Kalau dibuat juga kerosakan lebih banyak daripada kebaikan
Lebih-lebih lagi pejuang-pejuang Islam
belum menjadi contoh dan teladan
Ertinya siapa yang hendak diikut orang
Pejuang-pejuang Islam pun tidak boleh dijadikan ikutan
Jadi kalau orang ikut juga matlamat Islam tidak kesampaian
Kerana mengikut orang yang tidak boleh dijadikan suri dan teladan

Jadi, orang mengamalkan Islam yang
sudah tidak cantik dan hilanglah keindahan Islam
Kalau Islam itu diamalkan tidak indah
Orang makin takut dengan Islam
Harap diambil perhatian

2.10 petang
19 – 02 – 05

Oleh: Abuya Ashaari Muhammad

Advertisements

Leave a Reply Please...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s