Archive | March 2013

Sajak: Diriku Bukan Milikku

Wahai Tuhan, diriku bukan milikku,
Kini barulah ku tahu, aku bukan kepunyaanku,
Sedikit pun aku tiada kuasa ke atas diriku.
Bila ku lapar padahal aku tak suka lapar,
aku tak mampu mengenyang.
Bila ku sakit aku bukannya suka,
tapi aku tak mampu untuk menyembuhkan diriku dengan berkata, sembuhlah wahai diri…
Aku mesti mencari doktor dan ubat
tapi doktor dan ubat juga belum pasti,
Doktor cuma kata, kita serah pada Tuhan.
Rupanya diriku bukan kuasaku,
bukan kepunyaanku,
Diriku kepunyaan Tuhanku, Dia owner,
Aku hampir sama dengan kereta,
Kereta bukannya berkuasa,
Kereta sepenuhnya tertakluk pada ownernya, pemiliknya.

Demikianlah Penciptaku menciptakan aku ini,
Bukan untuk tujuanku,
Tapi rupanya Allah bermaksud untuk ikut kehendakNya,
Allah ingin menjadikan diriku ini untukNya
Sepertilah ibu ayah kandungku
mengharap agar aku tidak menderhakai mereka…
Kebahagiaan ibu ayahku ialah bila aku syg sepenuhnya pada mereka,
Dan aku takut sekali kehilangan mereka,..

Allah Penciptaku itu, yang aku boleh hubungi melalui hatiku ini,
Sentiasa menunggu ingatanku padaNya,
Kerana Dia tidak pernah melupakan ciptaanNya,
Dia dalam keadaan tidak boleh melupakan aku,
Tidak boleh berpisah dengan hatiku
Maka selama ini, Dia menunggu hamba ciptaanNya mengenangNya.
Dengan tegasnya Allah mengatakan dalam Al Quran,

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu,
mengabdikan diri padaKu,
Ku jadikan manusia di bumi sebagai khalifah,…

Demikianlah tujuan Allah
Menciptakan aku sebagai manusia,
maka mahu tak mahu itulah tujuan sebenar hidupku ini,
Kan ku cari Tuhanku dengan hatiku,
Dia, ingin kekal dirasa di hatiku,
Biarku habis umur untukNya,

Agar nanti bila aku dipanggil padaNya
Dia memandangku dengan penuh redha padaku,
dan untuk itu aku menangis penuh gembira…

Nukilan: Bonda Hatijah Aam @ Ummu Jah

Advertisements

Sajak: Bagaimana Berjuang Di Akhir Zaman

Setiap pejuang-pejuang mesti faham situasi sekarang
Kita berjuang setelah dijajah oleh penjajah beratus-ratus tahun yang silam
Kita umat Islam yang merdeka
mendapat ilmu dari penjajah hampir 100%
Setengah orang pemikiran terjajah sudah berakar umbi
Di dalam jiwa, perasaan dan keyakinan
Sedangkan agama Islam yang dianuti hanya sebagai warisan

Tuhan sekadar percaya tapi tak kenal dan tak faham peranan-Nya
Syariat yang pokok-pokok atau asas-asasnya
itu pun sudah ditinggalkan orang
95% sudah tidak diamalkan
betapalah Islam secara global
rata-rata umat Islam tidak faham
akhlak umat Islam sudah punah-ranah dan musnah
perpaduan sudah berkecai
di samping kemiskinan
merata-rata berlaku di dunia Islam

Para ulama sudah tidak boleh diharapkan
Mereka memikirkan minum dan makan
Oleh itu apabila kita hendak perjuangkan Islam
takkan hendak terus secara global dan keseluruhan
Jadi apa yang patut kita buat:
Yang pertama:
kenalkan Tuhan dan takutkan Tuhan serta cintakan Tuhan
Yang kedua:
ajak mereka sembahyang
dan menegakkan lain-lain rukun Islam

Selepas itu diajak perjuangkan yang lebih penting
iaitu berkasih sayang dan perpaduan
Selepas itu terus pimpin umat Islam dengan akhlak mulia
Kemudian terus lagi diperjuangkan ajaran Islam yang selepas itu pula
Bukan terus perjuangkan negara Islam
Negara Islam rukun iman pun tidak
rukun Islam pun bukan
Walaupun dia diwajibkan

Sedangkan di dalam ajaran Islam
Didiklah manusia perlahan-lahan
Secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan
Yang dahulu didahulukan
Yang kemudian dikemudiankan

Kalau umat Islam rosak di dalam semua hal
Terutama Tuhan sudah tidak dikenal
Umat Islam ramai sudah tidak sembahyang
tiba-tiba hendak ajak orang tegakkan negara Islam
Ini satu kesalahan
Kerana itulah perjuangan umat Islam tidak berkesan
Kerana berjuang tidak kenal situasi, tidak faham strategi
Tidak faham mana yang patut didahului
Dan mana yang patut dikemudiankan
Jadi pejuang-pejuang umat Islam di dalam kejahilan
Kerana tidak tahu mana satu yang patut diutamakan

Akibatnya makin berjuang makin mendapat kehinaan
Tidak faham situasi ertinya berjuang secara kejahilan
Tidak faham situasi tidak layak berjuang
Kalau dibuat juga kerosakan lebih banyak daripada kebaikan
Lebih-lebih lagi pejuang-pejuang Islam
belum menjadi contoh dan teladan
Ertinya siapa yang hendak diikut orang
Pejuang-pejuang Islam pun tidak boleh dijadikan ikutan
Jadi kalau orang ikut juga matlamat Islam tidak kesampaian
Kerana mengikut orang yang tidak boleh dijadikan suri dan teladan

Jadi, orang mengamalkan Islam yang
sudah tidak cantik dan hilanglah keindahan Islam
Kalau Islam itu diamalkan tidak indah
Orang makin takut dengan Islam
Harap diambil perhatian

2.10 petang
19 – 02 – 05

Oleh: Abuya Ashaari Muhammad

Lirik Nasyid: Pemimpin Tiga Darjat

Seorang pembela punya karomah yang akan datang di kurun ini…

Seorang pembela punya karomah yang akan datang di kurun ini
Padanya jua diberikan barokah
Tiga darjat yang ia miliki
Khalifah, mujaddid dan mujtahid
Ia akan pasti tiba

Kerana Rasul telah bersabda
Berita gembira untuk kita
Kedatangannya merubah dunia
Dari kegelapan kepada cahaya
Dari penindasan kepada pembelaan
Dari kejahatan kepada kebaikan
Dari pecah-belah kepada ukhwah
Di waktu itu kezaliman kan musnah

Ahli agama berjawatan rasmi
Perosak agama di atas nama agama
Mereka akan sedar diri
Atau menerima hukuman Ilahi
Kerana kesalahan mereka (2X)

Di waktu itu dunia ini segalanya akan berubah (2X)
Segala rahsia akan terbongkar
Takkan dapat lagi berpura-pura
Kerana ia akan terjadi
Ia akan pasti tiba…
(Ulang rangkap 2 dan 3)
(Ulang rangkap 1)

Lirik Nasyid: Nadamurni – Kegelapan Malam

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali

Kegelapan itu takkan berpanjangan
Sinaran Iman dan Islam terangi kehidupan
Ia pasti kan datang membawa tamadun
Yang menggembirakan, yang kita nantikan
(Ulang rangkap 1)

Di zaman itu, yang hak pasti terbela
Yang palsu kan musnah
Kebenaran pasti terjadi
Yakinlah kita pembela akan tiba
Tak siapa dapat menghalangnya
(Ulang rangkap 1, 3)