Archive | October 2012

Lirik Nasyid: Rumahtangga Tapak Perjuangan

Ya Allah,
Engkau jadikanlah rumahtangga syurga sebelum syurga,
Anak-anak cahaya mata,
Isteri-isteri mengikut kata.

Tuhan,
Jadikanlah rumahku masjid mengingatiMu,
Sumber ilham dan ilmu,
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku.

Tetamu yang datang membawa rahmat,
Perginya penghapusan dosa,

Wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kerehatanku,
Tempat aku mendapat kekuatan jiwa,
Tempat aku mengecas bateri jiwaku,
Pabila ku keluar rumah, kereta perjuanganku bertambah laju.

Ya Allah,
Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku,
Role model untuk ditiru,
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku.

Memimpin masyarakat diharapkan juga,
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu,
Kesihatan dan buah fikiran,
Kelapangan masa untuk berjuang,
Boleh menilai diri baik buruknya.

Ya Allah, jadikanlah Engkau cinta agungku,
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untukMu,
Bahkan jiwa ragaku,
Dan berilah aku kawan-kawan yang setia,
Boleh berjuang bersamaku susah dan senang.

Akhir sekali ampunkanlah dosa-dosaku,
Dan dosa-dosa keluarga serta pengikut-pengikutku…
Amin.

Lirik: Abuya Ashaari Muhammad
Lagu: Qathrunnada