Archive | September 2012

Lirik Nasyid: Nadamurni – Mara Menuju Cita

Mari mara menuju cita-cita,
Menegakkan iman, menjalinkan ukhwah, membangunkan ummah,
Jihad jalannya, dakwah penyedarnya,
Berkorban penegaknya, taqwa bekalannya,
Modal utama di dalam jihad.

Mari susun barisan, bergerak rentak yang sama,
Bahu membahu menuju ke matlamatnya,
Melangkahkan kaki menghayunkan tangan,
Dengan semangat waja membelah rintangan, di hadapan

Ayuh, mari segera, jangan pandang kiri kanan,
Jangan berlengah lagi, buang angan-angan,
Quran panduan, sunnah ikutan,
Kita kan tetap mendapat pimpinan,
(Ulang rangkap 1)

Bila jiwa lemah, ingatlah Allah,
Bayangkan nerakaNya, jiwakan subur semula,
Menjadi tenaga perjuangan kita,
Tetap akan mara inilah penyubur jiwa, di dalam perjuangan.

Janji Allah pasti akan tiba,
Asalkan syaratnya dapat dipenuhi,
Yakinlah jangan ragu-ragu lagi,
Sabar menunggu kemenangan, di hadapan mata
(Ulang rangkap 1)

Ingatlah Allah…(Lailahaillallah)
Menjadi pelindung kita,
Di dalam sebarang…(Lailahaillah)
Mara dan bahaya,

Allah membantu mengalah musuh kita,
Bertambah jiwa subur setiap masa.
(Ulang rangkap 1)

Advertisements

Lirik Nasyid: Nadamurni – Ekonomi Islam

Wahai kaum muslimin, mari bangunkan ekonomi Islam,
Ekonomi sebahagian daripada kehidupan,
Ia merupakan kekuatan tambahan yang utama,
Di dalam menegakkan sendi-sendi masyarakat Islam.

Tiada ekonomi kecacatan akan berlaku,
Kehidupan kaum muslimin dicatur orang,
Lebih-lebih lagi bila tiada iman dan perpaduan,
Umat Islam akan terhina di mana-mana.

Sudah sampai masanya ekonomi dibangunkan,
Kita sudah lama jauh ketinggalan,
Jangan hanya seminar, jangan hanya banyak berslogan,
Melaburlah, bertindaklah, jangan ketinggalan.

Marilah melabur selalu, tiga peringkat ekonomi,
Ekonomi fardhu kifayah, komersial dan strategi,
Fardhu kifayah dimestikan, kalau tidak satu kesalahan,
Ekonomi komersial elok diwujudkan,
Yang strategi lihatlah keadaan.

Melaburlah, jangan lengah lagi,
Melaburlah, melaburlah…
Untuk saham akhirat, jangan tunggu lagi,
Bertindaklah bertindaklah…

Saham terbuka bila-bila masa,
Bila masanya lagi,
Inilah masanya untuk bertindak,

(Ulang rangkap 3, 4, 5)-solo
(Ulang rangkap 1)-chorus

Sajak: Bukan Semua Mampu Berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran,
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam,
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa
kecuali kesusahan dan penderitaan,
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah,
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang,
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar,
Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang,
Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan,
Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina,
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik,
Berjuang adalah berkorban,
Berkorban, terkorban,
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan,
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran,
Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara,
Kemuncaknya mati dibunuh orang,
Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin,
Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang,
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran,
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima,
Orang datang pula kembali berjuang,
Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang,
Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan,
Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama,
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki,
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin,
Di waktu susah dan senang,
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri,
Mengatur strategi dan menunggu peluang,
Bukan lari kerana menentang,
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran.
 
Lepas Zuhur,
25 09 1999